PUSRATU PUNCA SARAF TULANG BELAKANG

Sunday, August 26, 2018

PUNCA BERLAKUNYA SLIP DICS

Sakit Belakang tanda Utama Slip Disc

Pernahkan anda merasa sakit belakang yang melampau?
Menurut kajian 80% orang dewasa pernah mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Kebanyakan nya disebabkan oleh aktiviti harian yang lazim dilakukan tetapi dengan cara yang salah.  
Kesakitan yang melampau menyebabkan anggota badan menjadi kebas, pergerakan terbatas, otot kaki menjadi kejang dan ketika itu tiada apa yang boleh dibuat untuk menghilangkan kesakitan.

Sebelum itu,mari  kita mengenal struktur tulang belakang kita. Tulang belakang manusia terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘Disc’. Disc ini berfungsi sebagai kusyen pad atau pelindung diantara tulang-tulang pada tulang belakang. Disc ini stabil kerana terdapat ligament yang tebal disekeliling tulang belakang.






Apakah Punca Berlaku Slipped Disc?

Proses penuaan antara punca berlakunya Slipped Disc di mana ligament yang memegang disc itu menjadi lemah dan sekiranya terdapat tekanan atau tergeliat sedikit pun, ia mampu menyebabkan gel disc itu pecah.


Slipped Disc adalah satu istilah yang digunakan dalam dunia perubatan terhadap kecederaan yang biasa berlaku terhadap tulang belakang. Secara ringkasnya ‘Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang  terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Selain ‘slipped disc’, gejala ini juga dipanggil ‘Herniated Disc’Ruptured Disc’ atau PID (Prolapsed Intervetebral Disc).

No comments:

Post a Comment